Lakonan Sulung

•28 September 2010 • Leave a Comment

‘Huh ! Baju, seluar, vase, hat, tali pinggang and kasut. Ok ! Complete already .’ Aku merenung setiap barang yang telah dibegkan. Hati masih gundah-gulana. Sekejap-sekejap merenung jam di dinding dapur yang seakan pantas beranjak membuatkan ku acap kali mengeluh. ‘Skrip tak hafal lagi ni. Macam mana aku nak buat? ‘ . Mulut ku asyik-asyik di katup. Malam beranjak pagi. Penat sudah ku merenung skrip di tangan. Jenuh ku ulang, tapi ibaratnya masuk telinga kanan di tapis telinga kiri. Aku berhenti menghafal lalu siling atas ku renung lama. Bayangan imaginasi mula di perlihatkan. Bayangan esok sudah terjelas bermain di minda . Aku bagaikan Romeo di atas pentas bersama Raveena sewaktu plot romantik. ‘ Ah ! Berangan ! ‘ Tempik aku sendiri dalam hati. Ku lunjurkan kaki bagi merenggangkan urat saraf. ‘Letih jugak menghafal skrip ni. ‘ soal ku sendiri. Mata ku rapatkan kejap ! Tayangan mimpi mula di bayangkan…

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kaki pantas ku hayun laju agar cepat ku sampai ke sekolah. Langkah ku agak terganggu dengan beg yang berisi pakaian drama ku sebentar nanti. Aku mengambil ruang menuju ke barisan ku. ‘Wah! Cantik jugak topi si florist ni. ‘ getus hati ku. Selesai upacara rasmi perhimpunan pagi, diteruskan pula dengan program nilam yang seringkali membuatkan ku menguap dengan penuh syahdu sehingga menitiskan air mata. Ajaib?? Mungkin. Sedang membaca, Ap mula membuka mulut dengan membebel mengikut nafsu jantannya.

“Bila nak dapat baju kem ni?”

“Kejap lagi la Ap.”

” Huh ! Kata masa nilam masuk dewan ambil baju. ”

” Nak masuk apanya?Cikgu-cikgu tu mesyuarat kut. ”

“Semalam kata masuk situ. Aku malas nak ambil masa BI ni. ”

Aku diamkan diri. Malas mahu membalas. Masih memikirkan skrip-skrip yang ku hafal malam tadi. Masih belum diingati sepenuhnya. Aku menjeling Ap sepintas lalu.

“Kau buat apa tu Ap? Tulis skrip?Kau tak hafal? ”

“Tak ! Banyak kut part aku. ”

“Kau boleh nampak ke?Kecik giler tulisan kau ”

“Ah! Tulisan aku,aku je faham. ”

‘Ceh! Berlagak.’ Gerutu hati ini. Selesai program nilam kami masuk ke dewan. ‘Aih ! Ambil baju pun lama jugak ke? Macam nak pergi buat IC pulak. ‘ geram ku melihat seorang demi seorang di panggil mengambil baju. Sesudahnya ku ambil dan mahu pergi di panggil kembali. Taklimat ? Berapa kali nak bagi? Tak bosan ke dia orang ni? Terpaksa aku dan Ap duduk memandang mereka dengan pandangan yang membosankan. ‘Ulang-ulang. Baik kau record je taklimat semalam. ‘ hati ini belum puas memaki.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ap ! Jom cepat tukar baju. Da lewat kut. Nanti cikgu bising. Da la first part , part aku .” arah ku . Kami kelam kabut masuk ke dalam pusat sumber. Melihat sekeliling dengan perasan berbolak-balik. Ku ambil seluar dan menuju ke tandas lelaki di hujung blok b tingkat 1. Harumannya tandas di sekolah ini benar-benar mencabar deria pernafasan ku. Aku hampir tewas di tangan bauan hancing para pengencing bebas di situ. Hampir ku muntah kerana terlalu busuk. Yuckss!!

Dengan segak ku menggayakan kemeja putih raya yang di beli di bukit jalil dengan jeans hitam bertali pinggangkan armani lalu disarungkan vas ke tubuh dan digayakan hat MJ di kepala. Huh ! Pertama kali ku berpakaian sebegitu rupa. ” Amar handsome la.” ada suara-suara merdu di lunakkan di cuping telinga ku. Kembang-kempis hidung ku.

Cikgu Norhayati sudah bersedia dengan cameranya. Pelajar-pelajar perempuan dengan suara ngegeh mereka. Hati ini berdegup laju. Menanti scene ku dengan penuh debaran. Sesekali menatap skrip ku.  Ap? Dia masih menyalin di dalam kertas. Ben sen melakonkan wataknya dengan lagak bangsawan London. Hell Yeah! Raveena sudah mula memainkan peranannya sebagai penjual bunga yang buta matanya. Chi Kwan dengan lagak bodoh seorang servants Lord Septic memaki hamun Raveena yang memegang watak Rose. Menangis terduduk si gadis buta itu setelah barangnya di lemparkan oleh Crouch watak yang dilakonkan oleh Chi Kwan. Tersedu-sedu tangisannya.

Sekarang tibanya masa hero drama untuk membantu kekasihnya. Ku naik dengan penuh debaran. Cuba mengemosikan watak di dalam fikiran. Dengan gaya seorang Romeo ku menegur. Sedang berberapa ketika….

Cutttt!!!

What the?? Aduhai,Raveena fumble skrip. Again !

Action !

Sekali lagi ku berbual-bual asyik bersama. Di saat ku memujuknya, skrip banyak melayang. ‘Raveena ! Kau cut part aku ! Sekarang aku da lupa skrip aku. ‘

Selesai babak kami berdua, masuk pula Crouch dengan lagak bodohnya memarahi Raveena. Tiba-tiba,semangat kepahlawanan hero malaya meresapi di segenap anggota tubuh, lalu, dengan spontan tangan ku pantas mencekik kolar baju Chi Kwan dengan memaki baik terhadapnya. Dengan segala kekuatan yang ku ada, ku menolak kuat tubuh Chi Kwan dengan lagak Knight London.

Dush ! ! !

Aduh ! Terjelupuk aku ke lantai pentas berpura-pura pitam di pukul Lord Septic dengan pukulan romantik beliau . ‘ Lembik betul kau pukul ‘ gumam ku. Sedang drama berlangsung dan watak ku sedang pengsan, datang pula Ap menghampiri. ” Weh! Nanti kau jatuh dekat kotak tu tau. ” beritahu Ap. “Hah? Apa? Tak faham?Aku tengah pengsan ni. Nantilah kau cakap.” bidas ku. ” Nanti Ben Sen tarik kau pastu dia ketuk kau kat situ.” jelas Ap. ” Hah?ok-ok.” blurr ku masih bertapak. Part aku kembali bernyawa. ” Urgh ! Let go of her ! ” dengan gaya seakan pitam bergaya. Ben sen menarik ku lalu di campakkan ke kerusi yang dianggap kotak Gatsby Gold tersebut. ‘Aduh ! Kurang asam.’ sakit kepala aku terhantuk dengan kerusi. Pengsan sekali lagi. Ceh!

Badan ku berpeluh-peluh. Keringat di dahi mula mengalir ke pipi. Aku segera bangkit dan berlari turun pentas. Ah ! Dengan leganya scene ku sudah tamat. ‘ Susah juga ea nak berlakon ni? Tapi seronok dapat jadi hero. Ah! Apa-apa ajelah. ‘ kata hati ku. Selesai perakaman drama kami, kami sekelas bergambar bersama cikgu . Ah ! Sweet moment.!

The End…

Aku dan Ego !

•21 September 2010 • 3 Comments

Aku dan kau telah lama terpisah. Berpisah kerna hanya sedikit salah faham. Mungkin benar kata kau, diri ini terlalu kejam. Kerna aku benci kau berbicara dengan lelaki selain ku. Diri kau terasa di kongkong bukan? Maaf, itu ego aku. Aku tidak akan sesekali mengkhinati dan curang dengan ego ini. Aku dan dia sejak azali telah bersama. Takkan terpisah dengan kemunculan diri mu

Persetan! Jika itu yang kau mahu. Mencuri ego dan merejam ke dasar lembah naga? Ah! ! Jangan kau harap ! Itu sesekali tidak akan berlaku. Dia bagaikan diri ku. Itu hanya mimpi kau mampu menghancurkan tembok ‘ Cina’ prinsip ku ini. Terlalu utuh. Tidakkan bisa kau mencalarkannya walau sedikit.

Gila? Ini hidup aku. Suka hati aku ! Jangan hendak sibuk hal dunia aku. Kau tiada kene mengena. Hanya setitik air yang tidak memberi sepatah madah yang bererti buat jiwa ku. Kau lebih layak dikatakan tidak berguna. Sudah-sudah! Ini Ego dan Prinsip. Tidak akan ku ubah!

Mimpi? Bukan! itu hakikat. Apa salah ego aku untuk kau hancurkan? Jangan kau jaga tepi kain orang. Tepi kain sendiri pun tak dijaga rapi, masakan sibuk hal orang lain. Akal tak cukup panjang ! Apakah? Ini aku, Ini ego ku. Jangan di ganggu!!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jangan rasa kau hebat dengan ego ! Hina lagi ku tatap wajah mu yang bongkak . Kau lupa,ego kau membawa kau ke arah durjana. Sedarkah? Perasankah? Tidak bukan?? Kerna ego mu terlalu utuh. Bagai tembok ‘ Cina’ seperti kata kau. Itu kebenarannya.

Hey!! Jangan kau lupa. Walaupun hanya setitik air yang hina, mampu melekukkan sebuah batu permata. Percayakah kau? Tidak !! kerna ego mu terlalu tinggi. Mencecah 7 petala langit. Wah-wah! sangat hebat. Agak-agak,ibadat kau sampai atau tidak?

Ya! kau bermimpi. Bermimpi dengan ego yang langsung tidak memberi sebarang makna. Bukan itu maksud sebenar ku,tapi.. Ego kau salah diletakkan pada tempatnya. Membuatkan kau menampakkan diri kau sejahil zaman berhala. Rasanya begitu ! Jangan terlalu ego, kerna kau hanya menempah kubor ! Musuh akan menjeling setiap kali kau melangkah.

Permainan dunia, nafsu pencetusnya. Jangan kau gagal kawal ego mu. Kelak, binasa badan dikapan putih dikambus tanah ! percayalah….

Open Your Eyes

•4 September 2010 • 3 Comments

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Antara lirik yang mendamaikan hati ini..

Tenang dan Suka dengar lirik ni.

Menusuk di kalbu.

Rindu Ku..

•31 August 2010 • Leave a Comment

Rindu.
Rindunya bukan kepalang.
Melihat langit tika malam.
Bagaikan terasa jauh sekali diri ku ini dengan Mu.

Rindu.
Sakitnya tidak tertanggung.
Sudah puas aku mengalirkan air mata.
Agar KAU terima ku kembali di sisi Mu

Rindu.
Sudah aku terseksa.
Menanggung penyeksaan batin ini.
Hanya mampu meluahkan dengan rintihan dinihari.

Rindu.
Sudah lama ku merindui Mu,
Yang memberikan cinta dan segalanya.
Dengan kasih sayang Mu, kau tidak memberikan nikmat.
Dengan rahmat Mu, kau taburkan segala ujian.

Tetapi,
Itu dulu..
Tika KAU ku lupakan.
Di mana KAU ingin ku pulang.
Tidak ku endahkan.

Tatkala ini.
Hati ini teramat rindu..
Rindu dengan cinta Mu,
Rindu dengan kasih Mu,
Rindu dengan sayang Mu,
Rindu dengan rahmat Mu.

Ya Allah..
Terimalah rindu ku ini,
Dengan tangisan.
Dengan luluhan air mata yang hangat menyedarkan ku.
Kembali memohon keampunan dari Mu.

Datangkanlah segala ujian Mu kepada ku,
Sesungguh itulah kasih sayang Mu,
Kerna itu aku terlalu rindu.,
Dengan Cinta Mu Ya Allah!~

Dunia sini dan Dunia sana.

•21 August 2010 • Leave a Comment

Dan bila ku resah melihat dunia yang kian musnah dimamah manusia jahil dengan lagak gaya kafirnya yang seakan mencabar larangan Tuhan sedangkan mereka sedar dirinya pasti akan ditimpa azab yang pedih.Seakan nafsu yang tidak terkawal oleh akal,maka menjadilah hamba sahaya kepada syaitan.Bangga apa !Seronok hanya sementara, pastinya diri mu akan di balasi dengan api neraka dasyat setitik diletakkan di bumi kan musnah sama sekali. Sedang kamu hanya manusia yang jahil lagi bebal, pastinya kamu akan ‘berpesta’ azab di sana. Dengan esak tangis mu yang tidak akan di ampunkan Allah sedangkan diri mu telah tiada Iman. Beraninya membunuh si anak bayi yang kecil. Si bayi tidak mengetahui siapakah ibu, tidak tahu siapakah ayah mereka di dunia, sedarnya mereka kembali ke alam baqa’ kerana malu kedua ibu dan bapa mereka di tutup. Bagaikan sampah ! Hinanya manusia tika kini yang kian hanyut dengan alunan rentak irama kafir. Tentunya si kafir bangga kerana Rasulullah di anggap tunggul di mata manusia islam kini sedang kehidupan mereka dijadikan amalan kehidupan . Dimanakah letaknya nilai kasih sayang dan iman.? Jika di tanya, benarkah kamu Islam.pastinya Ya sahaja jawapannya. Sedangkan solat,puasa,zakat tidak ditunaikan. Ada juga yang tidak tahu mengucap kalimah syahadah dan mengaku Islam. Agama Islam sekarang di jadikan adat. Sungguh menyedihkan. Melihat mereka bergelumang dengan dosa, namun tidak mampu kita mencegah,hanya menjijikkan perbuatan mereka. Terlalu lemah iman kita. Yang berkuasa hanya mampu menggeleng tetapi tiada pencegahan dilaksanakan dan mereka sangat gembira sekali melakukan maksiat sehingga keluarnya ‘anak haram’ yang dijadikan bahan makanan anjing jalanan. Inilah dunia akhir zaman. Semakin lama semakin huru-hara dengan dosa. Iman makin hilang dan taqwa semakin pudar. Berbezanya kita dengan mereka di sana.Melihat dunia gaza berperang menggunakan senjata tanpa kenal erti MAUT. Jihad di jalan Allah demi agama Allah mereka lakukan. Hanya berbekalkan batu jalan di lempar ke arah tentera ‘syaitan’. Di sanalah yang patut di gelar negara ‘maju’. Maju bukan teknologi serta pembangunan, tetapi nilai iman yang hebat. Yang sanggup menentang walaupun muncung senapang di hala ke kepala. Tidak gentar ,malah di julangkan senjata dan takbir ALLAHU AKHBAR dilaungkan bagi menusukkan hati dengan nama Allah. Kerna pastinya mereka pilihan syurga. Sedang kita yang penuh dosa bakal terjerumus ke lembah neraka yang penuh penyeksaan yang teramat dasyat lagi mengerikan.

Bayu Ketenangan

•6 August 2010 • Leave a Comment

Bayu..
Bayu yang mendayu bertiup ayu mengusap elus pipi ku.
Manjanya menguis rambut ku.
Ku depakan tangan membiarkan bayu bagaikan memeluk ku.
Damainya terasa bagai di kayangan.
Mungkin juga terasa bidadari di sisi.
Tapi bukan itu yang ku ingin capai.
Ku galikan ketenangan di celahan tiupan.
Untuk mengubat hati yang keresahan setiap kali ia merindui.
Sesuatu mungkin juga Satu.
Yang pastinya seorang insan..

Ingin ku biarkan bayu yang melanggari ku membawa terus rindu ini,
Tak ingin ku rasa perasaan ini.
biarkan ia pergi bersama angin..

Damai,
Ku ingin ia kekal setiap dengusan nafas.
Biarkan ia kosong dengan perasaan suka,
Jangan ia kosong dengan perasaan cinta,
Bukan manusia, tetapi Rabb di atas sana.
Allahu Rabbul ‘Alamin..

Hilangnya Tawa..

•9 July 2010 • Leave a Comment

Sunyi..
Terlalu kosong di sini..
Tiada apa yang menceriakan ku..
Hanya dengusan nafas..
Kedengaran di setiap keluhan.
Bagaikan malam tanpa malam..
Bagaikan cengekerik yang kebisuan..
Di manakah suara itu..?
Di manakah dirinya itu..?
Mengangkat diriku yang acap kali rebah ke tanah yang ketandusan..
Perlukah diri ini berada di samping badut sarkas untuk ku tertawa bagaikan riangnya camar di awangan?
Pokoknya,di manakah hati ku pergi..
Terlalu sunyi,
Tiada telahan dan ungkapan rahsia untuk merungkai misterinya kata-kata yang hilang.
Jauh nun kelautan mungkin..
Di pukul ombak dan ditenggelamkan kedasar lautan.
Mutiara ini mengalir..
Puas meratap..
Kehilangan semangat untuk bertahan..
Hanya mampu berserah..
Sampai bila ku dapat bertahan?
Sekian lama ia pergi..
Tetap ku pendamkan..